Friday, August 6, 2010

chapter 7 : from the bottom of my broken heart

Bila komen pasal perfileman kat Malaysia ni aku jadi bosan..dari dulu sampai sekarang kita hanya dihidangkan dengan 4 types of storyline jer..4 types: CINTA(couple),GANGTERISM(triad society and gang-fight),ILEGAL RACING(rempit) dan GHOST(huuuuuuuuuuu)..sampai bila la bangsa Malaysia nak maju kalo kita hidangkan ngan cter2 camni dari dulu..nak banteras gejala buruk tapi duk tayang gejala buruk..alasan NAK TUNJUK REALITI KEHIDUPAN SEBENAR,so I got 2 words for ‘em S**K IT..

Unsur2 seks, pergaulan bebas ditunjukkan,kononnya nak bg cter real…ape yang mat saleh wat nak cuba paparkan..weh berlambak filem mat saleh yang dr start intro sampai outro,xde pon unsur2 seks ngan pergaulan bebas leh laku jer cter…alas an ko bila da tambah unsur2 camtu filem leh JUAL…huhuhu..aku tgk sekarang ko buat aksi2 lagi teruk dari mat saleh,tp berapa kerat local film leh ke luar Negara???
Buat cter sekadar nak siap jer,research buat ala kadar jer…industry baru nak naik pastu gaduh sana sini..macamana nak gi jauh beb industry kita???wat pe molah cter kalo org dah tahu cemane endingnya??teknologi ada,bakat ada, peruntukan ada..tp kuar cter, org pon konpius filem ke drama keatau assignment budak2 art kat university…assignment budak2 pon lagi power r..idea berlonggok2 dalam kepala otak,orang lama jer xnak pakai idea diorg..lame2 diorg pon terikut2 dengan mentality org2 lama yang hanya fikir untuk keuntungan jangka pendek…

Best mengutuk ni,but seriously our media la which encourage our teenager to carry out activities which are antisocial..bukan aku cakap,tp dalam buku phsycology banyak cakap ni…susahla kalo hanya sedikit jer golongan yang sedar tentang apa yang sedang berlaku sekarang..tlg la kita sedar2kan,kalo leh sampai pemimpin tertinggi pon realize the reality yang sedang berlaku..huhuhu(tinggi cita2)

Thursday, May 27, 2010

chapter 6 : alam dan manusia..huhuhu..layan..

Dari sekolah membawa ke alam university dan seterusnya alam pekerjaan..jika kita ter’miss’ satu alam tu alangkah ruginya kita..so,kepada adik-adik yang masih bersekolah jangan la berhenti sekolah kerana malas atau mencari kerja..kelak,kita menyesal kerana kekurangan satu alam yang sangat banyak kenangan di sana..alam university jangan la kita bersikap pasif dan menjauhi dari terlibat dalam mana2 aktiviti university..memang itulah kenangan yang x akan kita lupakan..

Alam sekolah merupakan alam yang kita pon tidak berapa pasti tujuan kita ke sekolah sehingga kesedaran wujud sendiri dalam hati kita..untunglah orang yang sedar awal mengapa mereka ke sekolah..alam dimana kita mengenal kawan..namun di alam sekolah kita masih belum sedar apa yang berlaku pada dunia luar..sekadar terkongkong di bawah tempurung kita sendiri..kita rasa hebat tapi Cuma dikalangan kita sahaja..

Bila kita masuk alam pekerjaan kita akan merindui alam university..teringat aku rakan2 kat USM dan UiTM..there were many obstacles that we’ve been through together..masa di alam university la kita dapat kenal mana rakan mana lawan..kawan yang kita sangka boleh dipercayai akan tikam belakang kita..alam university la kalau xmampu bawa diri kita akan hanyut..alam university la ustaz pakai kupiah leh tanggalkan kupiah dan alam university la seorang perempuan yang tak pernah bertudung memakai hijab..semua bergantung pada diri sama ada mahu mengikut kata nafsu dan iman..

Alam pekerjaan merupakan satu transformasi imej dari bersukaria semasa alam university kepada imej yang lebih serious..alam di mana kita kena belajar menerima pelbagai ragam manusia..alam yang menjadikan kita rasa kerdil kerana kekurangan pengetahuan..alam dimana yang lemah akan terus menjadi mangsa..alam yang kita dapat ganjaran hasil penat lelah berkarya..alam yang kita pilih sendiri apa yang kita mahu diri kita buat..

Namun di antara alam tersebut disulami oleh alam percintaan..alam yang menjadi titik hitam dalam kehidupan kita atau titik tolak pemulaan kecemerlangan kita..cinta satu perkataan 5 huruf yang nampak biasa namun kuat impaknya..kerana cinta rebahnya seorang pemimpin,kerana cinta hilangnya mahkota seorang puteri, kerana cinta seorang alim melupakan ibadahnya dan kerana cinta manusia hilang sifat sebenarnya..namun cinta merupakan satu elemen wajib dalam kehidupan..kerana cinta itu satu yang mmg diperlukan oleh manusia..kita perlukan cinta untuk hidup bahagia dalam kehidupan..

Alam yang bakal kita tuju sebelum alam akhirat ialah alam kubur..alam yang bila dah masuk ke sana kita tak dapat menceritakan apa yang sebenarnya berlaku..alam yang setiap manusia tak kira apa bangsa, apa agama kita..apa taraf kita raja atau hamba.. kita akan dapat balasan setimpal seperti apa yang dijanjikanNYA..sedarlah…huhuhu

selamat...

Tuesday, May 25, 2010

chapter 5 : the answer for an awaiting teacher


Setelah banyak cerita yang kita dengar..akhirnya pelajar2 dpli seluruh negara ambilan Jun 2009 seperti mendapat petunjuk..namun kesahihan melalui 'muka buku' KPM ni belum 100% lagi..just for information..


http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Diploma-Pendidikan-Lepasan-IjazahDPLi-Kementerian-Pendidikan-Malaysia/225694076823

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah(DPLi) - Kementerian Pendidikan Malaysia SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI PENEMPATAN GURU DPLI BOLEHLAH MENGHUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DIBAWAH:
1)Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (03-88847767 (Kaunter/Meja Bantuan)
2)Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (603 8884 9370)
3)Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (03-8884 5154)

Monday, May 24, 2010

chapter 4 : the worthy of our mother's tounge

Betapa uniknya kita hidup di sini..kaya dengan pelbagai bahasa..walaupon Bahasa Malaysia Standard menjadi bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang perlu di titik beratkan,bahasa-bahasa dialek negeri juga menjadi salah satu keunikan dalam masyarakat kita...

Dari utara,3 buah negeri,Perlis,Penang,Kedah dan utara Perak menggunakan dialek yang hampir sama..3 tahun tinggal di sana memang kadang-kadang bahasa mereka membuatkan aku ketawa..First time sampai Penang,apa diorg cakap aku xfaham..tapi dah lama,aku pon terikut2 cakap Penang..syok pe..huhu..bahasa diorg bahasa pemurah..depa bagi semua 'g' kat kami orang terengganu ni,diorg drop g tuh..dagin.kambin,kunin..caya la org sana..hariya Penang!!!

Belah Johor,Melaka pula bahasa hampir sama ngan bahasa Malaysia standard,tp ada la certain words to lain pronunciation and meaningnya..tp Negeri Sembilan syok..bahasa dia mmg best..teringat jadi anak angkat orang Batu Kikir,Negeri Sembilan..makanan, omangai podeh..hari2 makan cili api..mee hoon goreng pon bersepah biji cili tuh..g umah member aku lak banyak la label kedai yang guna bahasa mereka 'bengkel cuci keto','lomang topung','masak lomak'..poning den...huhuhu..hoben jang hoben!!!hongeh naip...

Dari kecik sampai sekarang aku ni ramai kawan dari negeri serambi Mekah,Kelantan..family aku pon ramai kawen ngan orang sana..bahasa diorang ni pulak mmg berbeza dr negeri lain..aku pon leh la jugak kecek kot alik kelate ni..mana2 pon diorang ni ramai..so senang la kalu tahu guna bahasa diorang ni..huhuhu..set demo meme kelah r!!

Masa kat USM dulu..member2 yang main bola ramai budak Sabah..selalu la jugak lepak ngan diorang..kakak aku lak kawen ngan orang sabah..family aku yang kerja kat sabah pon leh tahan ramai..so bahasa diorang ni jadi bahasa biasa digunakan time diorang balik beraya kat umah aku..aku leh la faham tp nak bercakap tu sket2 jer ah..boleh bah..tp diorang mmg frenly..

Sarawak pulak aku xberapa tahu..kebelakangan ni jer leh faham sket2..dua tiga patah jer pon..mun sidak klaka Sarawak ngan kamek..kamek masih leh paham r..huhhu..tu pon masa praktikal member aku ajar..sigek duak perkataan jak ngingat..tapi kat Sarawak banyak lagi bahasa suku kaum..mun maok blajar semua..mati aku..hahaha..yang pasti..agi idup agi ngalaban..huhuhu

Negeri aku sendiri leh tahan gak r beza ngan BM standard..kitorg tambah sume 'g' kat perkataan berakhir ngan n..huruf 'u' ngan 'i' kalu kat belakang mmg xleh sebut r..banyok r beza..nok blajo,wat mari pisang setandang,baru leh nutuk ngan aku..ke wane??kalu dalang mase semingu dok reti-reti gok..berat nanang ah tu..memang benok dr kecik r tuh..kena berubat kampung r..huhuhu..ni ada perkataang tranu kalu nok tahu..mane la tahu kalu awok mu singgoh tranu mudoh sket nok berdiskusi..huhuhu..muroh ket nok beli barang...

tak nak = takmboh
satu = se
macam mana = gane
serabut = bolok
serabut sangat = bolok wok
sudah = doh
apa khabar? = guane gamok or?
awak =awok/mu
teamate=awok-awok
datang = mari
samseng = nelang
sombong = gong
suka bergaya = jangok
susah = payoh/rohok
pink = samor
patak=plg bawah
absorber=saksoba
carburetor=kaburetar

biasanya orang tganu ni suka tambah adjective pada perkataan supaya lebih dramatic..huhu

besor jalor=sangat besar
kecek tuek=sgt kecik
gemok debok=sgt gemuk
halus siak wak=sangat halus
hitang legang=betul2 hitam
meroh nyaler=betul2 merah
kuningg sior=betul2 kuning
pendek ketok=sgt pendek
lonjong/tinggi sayuk=sgt tinggi
bising bangor=sgt bising
udoh seppang=sgt buruk
manih leting=sgt manis
tawor heber lembor=sangat tawar/pahit

hahah..aku pon tak tahu apa motif aku belajar bahasa2 kat Malaysia ni..orang kata kn la blaja kalu g tempat org..adopt n adapt..ni masuk kandang kambing mengembek,ertinya sama la bodoh kita ngan kambing tuh!!!huhuhuhu..dia megembek pasal lapar atau takut kita tangkap dia kalu masuk kandang..kalau kita ikt megembek gak..kita pon kam...la.....huhuhuhu

chapter 3 : our country song

Penguasaan BN, perjuangan PAS, percaturan KeADILan serta permainan DAP..cerita politik..

Aku sebenarnya xberapa berminat nak berpolitik..but, since politic and religion is related to each other, so kena la ambil tahu jugak..namun politik kita hari ini berteraskan penguasaan ekonomi sahaja..pokok pangkalnya, if we win the election we won't face any obstacles in making money...sedar tak sedar politik sekarang telah memecah belahkan masyarakat kita yang pelbagai kaum ni..sama dengan dasar pecah dan perintah zaman colonial British dulu..

Namun sebagai generasi muda yang masih hijau tentang politik better kita just observe dulu,tgk jer orang yang berpengalaman 'bertarung'..sedih dan terkilan tengok member-member duk berpolitik time belajar,taksub tapi akhirnya pelajaran terabai..xpayahla kita terlalu beriya..dan jangan mudah melenting dan melatah bila orang kata kita masih muda,tak tahu apa-apa pasal politik..kelak,kita jd mangsa...

Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa sejak kebelakangan ini isu taraf bumiputera,siapa tuan bumi Malaysia ini semakin menjadi isu panas dan hasilnya hidup xaman,penuh syak wasangka serta dan hasad dengki..bagi pendapat saya yang masih mentah ni..when we get to know each others,respect each others we will live in harmony and peacefully..as long as we keep on provoking, generating hates,labeling others,our next generation will be dead meat..

Terkilan juga apabila tengok keluarga berpecah belah dan bergaduh kerana perbezaan ideologi politik..pernah aku tengok di negeri kelahiran aku ayah dan anak sama-sama mengangkat parang,isytihar 'perang' gara-gara perbezaan parti politik masa general election 2003..mmg itukah tujuan politik kita???Mengundi calon yang bagi manafaat kepada kita walaupun jelas dia mmg pembelot agama dan bangsa??orang bawah bergasak melaungkan perjuangan adakah orang atas bersenang lenang berjabat tangan tanda bisness jalan..diharap tiadalah situasi begitu dalam politik kita...

Dulu kita belajar sejarah,kita tahu ramai pejuang bermati-matian menentang penjajah..Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali,Rentap,Mat Kilau..kalau la mereka hidup pada zaman ini, adakah mereka akan berkata.."berbaloi la perjuangan ku menentang penjajah,akhirnya dapatlah anak cucuku berkelahi sesama sendiri.."..tentu sekali TIDAK..mereka pasti kecewa dan bersedih melihat anak cucu mereka terus berkelahi..well,terpatriotik lak..kita tinggalkan sejarah..renung ke depan..andai kata..terdapat kuasa penjajah pada masa hadapan yang menyerang negara Malaysia ini(mintak jauh),golongan manakah yang kuat berpolitik ini yang akan bermati-matian mempertahankan negara???golongan mana yang sanggup menjual bumi Malaysia???dan golongan mana yang akan lari ke luar negara dan balik bila aman dan menuntut hak mereka sebagai warganegara???aku harap semua kita sanggup bermati-matian kerana agama dan negara termasuk diriku sendiri tak kira apa bangsa pon...chewah....

Namun jangan kita bimbang,kebarangkalian penjajahan secara obvious terlalu rendah..mereka lebih gemar menakluk secara mental..lagi senang mereka beli negara kita jika minda kita dah menjadikan mereka idola..banyak dah orang kita rambut blonde..dah same dah ngan mereka..air yang mereka minum pon ada dah orang kita yang berani minum..semua di buat untuk menjadi INTERNATIONAL MEMBERS..huhuhu..lu buat lu tanggung..

Orang berpolitik kita berpolitik..orang nak jadi pemimpin kita nak jadi pemimpin..agama Islam ada kata,nak jd pemimpin, pimpin la diri kita dahulu,then keluarga, masyarakat kecil seterunya barulah masyarakat berskala besar..ni anak-anak tak terurus,jd jd penagih,bohsia,mak ayah sibuk berkempen..ala anak aku jd camtu pon,bile aku naik nanti aku 'ejas' la kerja..KABEL kuat la katakan..tu yang bila anak depa dapat kerja buat macam2 hal..songlap duit la..yang dapat kerja berubah jadi baik..syukur alhamdulillah..(kesian kat anak orang susah..xde kabel,blaja pandai tapi xdapat kerja pasal kelayakan dan peribadi xleh lawa kuasa kabel..)..fenomena biasa dunia....

So,come people of Malaysia..live peacefully..respect each others..no matter where u come from, which religion u believe in..which politic party u prefer..PLEASE,together build our harmony community..love ur country...

chapter 2 : melody mocker@rocker

Irama rock ni telah bertakhta dalam hatiku sejak aku kecik lagi...bermula dengan menjadi peminat Wings pada usia 3 tahun..orientasiku terhadap muzik rock sampai sekarang..

Metallica adalah band paling aku minat..pehh..mmg best lagu..tanye la otai2 rock kalau xtahu lagu Master of Puppet tu xleh diklasifikasikan sebagai otai rock ah tu..tuih!!!aku band rock ni sume aku minat local ke international ke..tp beza ketara local ngan international band ni,band local terlalu mengagungkan cinta dan perempuan..sampai title lagu pon name perempuan Issabela,Rozana,Monalisa(name yang comersial jer),nama Rohani,Salamah sume diorang xguna..nama ala2 mat saleh gak guna..

Tapi kalu review band mat saleh..lagu2 depa bertemakan perjuangan..disposable heroes,battery,..and justice for all,wind of change,soldier of fortune,hero of the day...tapi dr segi melody,local band kita ada melody tersendiri..kalu x xkan Paul Gillbert leh ajak Allahyarham Samad Lefthanded jaming lagu joget..

Orang cakap main gitar atau alat muzik bertali ni haram..tapi Yusof Islam kata xde nas dalam Quran yang haram main alat muzik bertali..tapi..ada tapinya..alat tersebut menjadi haram kalau pemainnya lalai sehingga meninggalkan ibadah,lupa tuhan serta berketerlaluan..ble kita dengar lagu memuji tuhan dari Ramli Sarip[Kau yang satu,Keliru],lagu Ungu[Surgamu,Andai ku tahu,Sesungguhnya],Search[Mentari merah diufuk timur],muzik dan lirik itu menginsafkan kita..so ada pro and contra la...kita pilih la jalan kita sendiri..tepuk dada(jangan kuat2) tanyelah iman,jgn tanya selera...

Muzik mmg sebati ngan kehidupan manusia..dr kecik kita dididik dgn lullaby, masuk sekolah kita belajar nanyi national anthem lak..so mmg x lari..xpayah dikejar..mmg muzik kat situ..kadang-kadang muzik ini membakar semangat..tgk la fan bola..kalau tgk bola..menyanyi-nanyi bagi semangat kat pemain..lagu we are da champion nyanyian band Queen selalu jer ada tiap kali sukan Olympic..Freddie Mercury dah lama mampos,lagu dia sampai sekarang diputarkan..huhuhu

Dulu aku dress up pon pakai jeans rabak,sekarang dah nak jadi cikgu macam xleh pakai lagi jer..huhuhu..dah awak pilih jadi cikgu,kena ikut law la..hahaha..ada ke law cakap cikgu xleh pakai suar koyak??ustaz aku dulu suar koyak kat situ lagi..tp dia xsedar r..kitorg pon xbagitau..dah dia garang,kalu cakap 'ustaz,seluar ustaz koyak tu"..agak2 cemane dia nak cover malu ye..huhuhu

Sekarang,band rock main lagu xmacam dulu..xde melody..ada cakap recording company xbagi main lagu macam band dulu pasal xleh tackle market..why??aku tgk kat karaoke box tuh,budak2 muda duk sibuk nanyi lagu band lame2,xde lak pilih lagu band2 baru..huhuhu..the truth is out there...nope..the truth is inside the karaoke box...

People say..Rock generates violence,hatred,crimes and drug addiction..palak kawu!!!bersepah artis rap atau penyanyi selain rock terlibat ngan crime..tgk snoop dogg duk kutuk band rock..last2 kantoi dia tu drug smuggler terbesar..pe cita ya'll..yo..yo..huhu..Rockers pon ada hati dan perasaan lak..rockers pon sedih ditinggalkan kekasih beb..rockers pon sedih bile break up beb..huhuhu..rockers pon bercinta and pandai pujuk awek..huhuhu..dengar lagu forever and one(Halloween) menagis gak terkenang ditinggalkan gf..hahahha

So...keep on rockin in the free world...rock army...buffalo soldier...

Sunday, May 23, 2010

chapter 1 : pengembaraan bermula...

Kenapah menulis blog?apakah tujuan?adakah patut aku menulis?pelbagai persoalan bermain dalam perimeter fikiran aku..sebagai insan yang masih tercari-cari identiti, banyak perkata yang perlu difikirkan..tambahan aku sebagai penganggur..

Untuk menghilangkan belenggu dari masa silam,kebosanan menempuh hari ini serta kekusutan tentang masa depan,jadi aku menulis blog untuk berkongsi pengalaman..aku juga perlukan ketenangan..di bumi manakah terletaknya ketenangan itu..teringat aku kata-kata Cat Steven atau Yusof Islam[X-vocalist Mr. Big] selepas masuk Islam, "..the moment I became a Muslim,I found peace.."..jadi untuk mendapat ketenangan adalah mengikut hukum hakam agama..kadangkala. kita alpa dalam melakukan seruan agam..kerana itulah jiwa tidak tenang..huhuhu

Teringat di sekolah dulu..kalu cikgu tanya pasal cita-cita,mesti member-member jawab nak jadi doktor,nak jadi lecturer,nak jadi architect...bila orang tanya aku,aku jawab nak jadi doktor jugak(yela,dah awak belajar biology sampai ke matrix),tp dalam hati nak jadi cartoonist..

Pernah sekali masa oral test English form 3,teacher aku tanya,what is ur ambition??aku try la jawab jujur..i wanna be a cartoonist..aku ingat cher(panggilan untuk teacher aku) aku ni faham lah niat suci student dia ni..tau apa katanya.."..awok ni takdok wawasan la firdaus,kije gitu takdok masa depang..",automatically aku tukar cita-cita.."actually, i wanna be a doctor..hah,tengok sekarang,doktor ke aku???huhuhuhu..dah dari dulu cita-cita aku nak bergiat dalam bidang seni..tuhan bagi la aku bekerja dalam bidang ni..

Jadi budak design ni pening kepala,kalu kerja,client tak banyak songeh,tp art director lak nak kita ikut kekreatifan dia..sebab tu la aku ni selalu tukar-tukar kerja..tp at least banyak la pengalaman aku dapat..banyaklah kenalan..banyaklah kenangan..namun memang art and design ni dah mmg soul aku..walaupun aku sekarang dah jd bakal cikgu..tapi aku ttp wat kerja design ni..kalau balik kampung,terserempak ngan member,"..geng,design kad kawen ke aku,design banner kawen aku..",sedap jer order,yang aku ni,duk sibuk wat kad kawen org,aku ni xkawen-kawen lagi..huhuhu..

wah..panjang sangat chapter 1 ni...
kena stop lu..
c ya...