Dari sekolah membawa ke alam university dan seterusnya alam pekerjaan..jika kita ter’miss’ satu alam tu alangkah ruginya kita..so,kepada adik-adik yang masih bersekolah jangan la berhenti sekolah kerana malas atau mencari kerja..kelak,kita menyesal kerana kekurangan satu alam yang sangat banyak kenangan di sana..alam university jangan la kita bersikap pasif dan menjauhi dari terlibat dalam mana2 aktiviti university..memang itulah kenangan yang x akan kita lupakan..
Alam sekolah merupakan alam yang kita pon tidak berapa pasti tujuan kita ke sekolah sehingga kesedaran wujud sendiri dalam hati kita..untunglah orang yang sedar awal mengapa mereka ke sekolah..alam dimana kita mengenal kawan..namun di alam sekolah kita masih belum sedar apa yang berlaku pada dunia luar..sekadar terkongkong di bawah tempurung kita sendiri..kita rasa hebat tapi Cuma dikalangan kita sahaja..
Bila kita masuk alam pekerjaan kita akan merindui alam university..teringat aku rakan2 kat USM dan UiTM..there were many obstacles that we’ve been through together..masa di alam university la kita dapat kenal mana rakan mana lawan..kawan yang kita sangka boleh dipercayai akan tikam belakang kita..alam university la kalau xmampu bawa diri kita akan hanyut..alam university la ustaz pakai kupiah leh tanggalkan kupiah dan alam university la seorang perempuan yang tak pernah bertudung memakai hijab..semua bergantung pada diri sama ada mahu mengikut kata nafsu dan iman..
Alam pekerjaan merupakan satu transformasi imej dari bersukaria semasa alam university kepada imej yang lebih serious..alam di mana kita kena belajar menerima pelbagai ragam manusia..alam yang menjadikan kita rasa kerdil kerana kekurangan pengetahuan..alam dimana yang lemah akan terus menjadi mangsa..alam yang kita dapat ganjaran hasil penat lelah berkarya..alam yang kita pilih sendiri apa yang kita mahu diri kita buat..
Namun di antara alam tersebut disulami oleh alam percintaan..alam yang menjadi titik hitam dalam kehidupan kita atau titik tolak pemulaan kecemerlangan kita..cinta satu perkataan 5 huruf yang nampak biasa namun kuat impaknya..kerana cinta rebahnya seorang pemimpin,kerana cinta hilangnya mahkota seorang puteri, kerana cinta seorang alim melupakan ibadahnya dan kerana cinta manusia hilang sifat sebenarnya..namun cinta merupakan satu elemen wajib dalam kehidupan..kerana cinta itu satu yang mmg diperlukan oleh manusia..kita perlukan cinta untuk hidup bahagia dalam kehidupan..
Alam yang bakal kita tuju sebelum alam akhirat ialah alam kubur..alam yang bila dah masuk ke sana kita tak dapat menceritakan apa yang sebenarnya berlaku..alam yang setiap manusia tak kira apa bangsa, apa agama kita..apa taraf kita raja atau hamba.. kita akan dapat balasan setimpal seperti apa yang dijanjikanNYA..sedarlah…huhuhu
selamat...
Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
ReplyDelete